~ ObO

aku bukan sesiapa dan bukan orang sesiapa ~ ObO

,

,

Sunday, August 22, 2010

SINAR UNTUK JERANTUT

Blog SPU Jerantut pernah menulis mencadang WZWH jadi menteri besar Pahang. Mungkin tulisan itu hanya sindiran tetapi setelah membaca segala tulisan di blog WZWH saya melihat ini patut jadi kenyataan. Beliau seorang yang berpendidikan dan benar-benar menghayati politik Jerantut. Bahkan beliau kelihatan lebih layak (bijaknya) dari 'bos' nya (ADUN Tahan) dalam banyak hal

Posting terbarunya mengenai cadangan Dato' Nazir Razak sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut sangat baik dan dianggap cemerlang. Bukan saja bagi menyelesaikan masalah kepimpinan bahkan membantu membangunkan Jerantut terutama kawasan pedalaman Ulu Tembeling dengan kadar segera. Kerana itu juga ObO berpendapat bahawa jika mereka berdua digandingkan, akan menjadi gandingan yang mantap.

Hubungan baik beliau dengan istana akan memudahkan laluan untuk beliau menaiki kerusi berkenaan jadi kenyataan. Seluruh rakyat Jerantut pasti akan berbangga mendapat MB pertama dari daerah ini nanti. Sama-sama kita berdoa dan melihat pandangan ini dari sudut positif tanpa prejudis. Cuma beliau perlu menyatakan pendiriannya dengan jelas dan konsisten kerana menurut khabarnya Dato' Adnan sedang cuba mengangkat kembali Dato' Shaharuddin Moin untuk jadi MB. Selain itu Dato' Sharkar juga sangat berminat dengan kerusi empuk itu.

6 comments:

Anonymous said...

sebuah blog yang baik

Anonymous said...

Satu lagi blog ciptaan ADUN Tahan? hehe

ObO said...

Salam, jangan suka menfitnah hanya kerana kita berlainan pendapat

Anonymous said...

hehehe angkat dupok tu tinggi lagi weiii

ObO said...

Ahhh, wan amizan adalah pemimpin harapan masa depan kita dalam usianya yang masih muda, dia pemimpin berwawasan dan pembela orang kampong bukan mcm dr. shukri, org pulau tawa pn tak nak dah ke dia tu

Anonymous said...

>>Posting terbarunya mengenai cadangan Dato' Nazir Razak sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut sangat baik dan dianggap cemerlang. Bukan saja bagi menyelesaikan masalah kepimpinan bahkan membantu membangunkan Jerantut terutama kawasan pedalaman Ulu Tembeling dengan kadar segera.

=> Cadangan yang tersangat baik..... kawan dah nampak kertas merah, biru, purpule, terbang melayang-layang datang......