~ ObO

aku bukan sesiapa dan bukan orang sesiapa ~ ObO

,

,

Saturday, August 28, 2010

SIAPA SAYANGKAN UMNO?

Kadang-kadang memang baik membuat teguran bilanya memang berniat baik dan untuk kebaikan. Namun, kadang-kadang teguran yang keterlaluan juga akan mendatangkan keburukan. Kita harus memandang semula kebelakang dan mencari kebenaran - apakah yang kita lakukan ini atas nama kebenaran atau sebenarnya apa?

Orang-orang UMNO ini memang susah untuk ditegur kerana setelah lebih 50 tahun menguasai mereka sudah berkarat dengan egonya. Mereka sudah merasakan bahawa merekalah yang sentiasa betul. Mereka tidak boleh disalahkan langsung bahkan mereka tidak sanggup ditegur. Ini yang membuatkan rakyat membenci UMNO (pemimpinnya) bukan entitinya.

Kerana merasakan bahawa merekalah yang berkuasa dan merekalah yang sentiasa benar, kerana itulah mereka sentiasa melihat orang lain yang salah dan mereka sering menyalahkan orang lain pula.

Bila rasuah politik itu benar, mereka sering menafikannya. Yang memberi dan menerima sama saja. Bila pemimpin utama menegur dalam ucapan mereka yang memberi dan menerima itulah yang lebih kuat tepukannya seakan mereka tidak bersalah dan menghalalkan segala perbuatan mereka itu.

Bila kita memilih pemimpin dan perwakilan di cawangan yang merasuah kita, maka mereka itu juga akan memilih pemimpin dan perwakilan di bahagian yang juga merasuah mereka, dan ini berterusan menjadikan rasuah itu satu budaya dan darah daging dalam UMNO.

Siapa sebenarnya yang sayangkan UMNO? Jawapannya terlalu sedikit. Bagaimana untuk membenteras permasalahan ini? Jawapanya, diperingkat cawangan lagi UMNO harus diajar dan dididik supaya jangan tidak memilih perasuah. Buang segala pemimpin perasuah diperingkat cawangan dan buang segala pemimpin serta AJK perasuah diperingkat bahagian, supaya UMNO kembali bersih.

Jika UMNO gagal lakukan itu maka bersedialah untuk UMNO dipinggirkan oleh rakyat. Mungkin UMNO sudah terlalu tua untuk belajar berubah.

No comments: