~ ObO

aku bukan sesiapa dan bukan orang sesiapa ~ ObO

,

,

Tuesday, September 28, 2010

GEMPAR: PILIHAN RAYA KECIL N9(2)

Kenderaan yang diguna untuk memunggah pengundi dengan kuasa 'One Bull Power',
Cable Car dan Lori tidak dapat digunakan kerana masih dalam pembinaan.



1. Kecoh dan heboh satu Jerantut bila blog SPU sudah tidak dapat dibuka lagi sejak kelmarin. Blog SPU penting sebagai pintu masuk ke blog-blog lainnya di Jerantut selama ini. Tidak ada khabar berita yang sahih mengenainya kenapa terjadi begini. Ibarat kata En. Dolah Kicap semasa pertemuan Ketua-ketua UMNO Dun Pulau Tawar :Why? (Hehehe! - hanya sepatah itu saja perkataan omputis, yang lain-lainnya dia bercakap dalam bahasa jepun dan gurka)

Menurut kata tuan bendahara begini;

Blogger WZWH said...

Salam UD,
UD tolong tanya SPU kenapa blog SPU tidak boleh diakses dan "The blog you were looking for was not found". Ada apa-apa ke? Kenapa blog Bendahara blogger SPU boleh hilang..Ekekekekekeke...

September 27, 2010 1:04 PM

Sekali lagi wzwh memberi komen sebagai Anon pula begini;
Anonymous said...

Salam UD,
Akug nak bagi tahu ke om dalam masa 2-3 hari ni om kutuklah WZWH puas-puas sebabnya akuq dengar blog UD akan ditutup oleh SKM seperti mana nasib blog SPU. Oh akuq nak UD mengucap banyak-banyak sebelum UD mati di alam barzakh maya. Akuq dapat tahu Pengarah SKM Pahang kawan baik WZWH. SPU dah mati...lepas nih om pulak mati. Baik om ubah tektik, om puji WZWH kuat sikit.

September 27, 2010 3:16 PM


2. Ada pengundian di blog uRag dRrulug memilih siapakah pembawa suara rakyat pedalaman di Ulu Tembeling. Calonnya adalah diantara uRag dRrulug dan WZWH. ObO mengundi WZWH dan tanpa berlakunya rasuah politik dan ObO juga bukan salah seorang dari Ketua Kampong atau Ketua UMNO Cawangan yang ditaja menunaikan umrah.

Bagaimanapun kedudukan sekarang masih menyebelahi UD dengan kadar perolehan 3/4 undi. Harap WZWH akan menghubungi kawannya yang dilaporkan sebagai Pengarah SKM Pahang supaya menutup blog UD sepertimana yang dilakukan terhadap blog SPU, jika tidak adalah dibimbangi ini akan menjatuhkan kemaluan WZWH apabila kalah kepada UD dalam pengundian itu nanti.

Pengundian diantara UB dan WZWH bolehlah dianggap sebagai Pilihan Raya Kecil N9(2). Kita percaya akan lebih ramai yang mengundi WZWH, malangnya akan lebih-lebih ramai juga yang akan mengundi UD yang sedang menguasai 3/4 jumlah undian ini.

Thursday, September 23, 2010

TIDAK ADA PERSATUAN BLOGGER JERANTUT

Saya hadir pada pertemuan blogger picisan Jerantut yang baru lalu. Kalau tak silap saya 28 orang hadir. Ini adalah pertemuan biasa dan tak resmi. Kami tidak memutuskan apa-apa bahkan kami tidak anggap kami sebagai satu persatuan. Bro SPU bertindak selaku tuan rumah dan pengacara. Bro BH memberi sepatah dua kata pesanan serta tunjuk ajar dan beberapa teknik dalam berblog. Beliau juga mencadangkan supaya jangan terikat dengan mana-mana pihak untuk kebebasan menulis sebenrnya walaupun memang ada pihak yang diupah untuk menulis blog di Malaysia ini. Semua orang berpeluang becakap dalam perjumpaan itu.

Pertemuan itu tidak ada agenda khusus selain hanya bertemu sesama blogger. Ada beberapa blogger yang blognya kelihatan cenderung kearah pembangkang juga hadir. Kami berinteraksi dengan baik dan mudah. Kami tolak pahaman politik ke tepi kerana menganggap ini hanya satu pertemuan mengeratkan silratulrahim.

Saya memohon maaf kepada SPU kerana ingkar janji untuk tidak memanjangkan kisah pertemuan itu. Namun saya lakukan ini kerana saya melihat ada kekeliruan disatu pihak apabila saya membaca komen di blog uRag dRrulug yang juga hadir dalam perjumpaan berkenaan.

Betul seperti kata BH bahawa kefahaman tentang blog masih kurang, kerana itulah dahulu ada pihak menganggap bahawa blog yang dilink dari blog kita sebagai blog kita dan mereka menganggap bahawa itu adalah juga tulisan kita.

Kemungkinan juga timbul rasa tidak puas hati satu pihak bila mereka tidak dijemput hadir dalam pertemuan itu atau tindakan blogger-blogger yang tidak mengikuti cadangannya untuk mengadakan pertemuan dengan seorang YB tertentu. Kerana itulah pihak berkenaan menuduh adanya komplot atau persatuan dikalangan blogger di Jerantut ini. Soalnya kami biasa dan suka cara begini dan tidak dikawal sesiapa.

Saya rasa apa yang berlaku itu adalah hanya rasa kecewa tidak dapat menguasai serta rasa kesal individu tertentu kerana tidak diberikan perhatian oleh blogger lainnya. Tapi segalanya adalah berpunca dari masalah sikap, sikap yang membuatkan orang membenci diri kita. Ubahlah sikap, mungkin nanti kita akan diterima ramai.


Blogger WZWH said...

Salam bloggers semua,
YB Dato' Wan Amizan ni mudah aje, kalau semua bloggers Jerantut betul-betul serious nak kuatkan UMNO Bahagian Jerantut, UMB Jerantut perlu ke depan. Just pergi jumpa Dato' Wan Amizan kat Pejabat DUN Tahan atau call/sms Dato' no tel: 012-2167676. Kalau semua bloggers Jerantut boleh ramai-ramai kumpul dan meyakinkan Dato' Wan Amizan, WZWH percaya mudah dan amat selesa bloggers Jerantut buat kerja. Dari segi kewangan jangan risau, kita ada banyak peruntukan, fund, dan dana. UMB Jerantut kena lead memimpin bloggers Jerantut. WZWH back up dari belakang.

September 8, 2010 11:05 PM

Wednesday, September 15, 2010

YANG BENAR DAN YANG SALAH

Foto dari blog patpatsikulipat



Suasana berhari saya masih terasa. Seronoknya bila dapat berjumpa sanak saudara dan baik ke kampong halaman. Terlupa seketika pada blog picisan dan haprak saya ni.

Semalam bila buka internet dan melihat blog patpatsikulipat saya jadi terkejut berok dengan apa yang diperkatakan dalam posting dan keganasan komen-komen tahap bebal dari pembaca blog itu.

Bukan menyebelahi mana-mana pihak, tetapi pertama saya mengecam perbuatan mengaibakan orang secara keterlaluan. Kesian Kak Wok Hitam tu. Rasanya nak bernafas pun dan tersekat-sekat kerana diperkatakan sampai kedasar.

Bagaimanapun saya kecewa dengan cara berfikir orang UMNO Jerantut yang cuma menyalahkan blogger patpatsikulipat sedangkan apa yang diperkatakan itu ada kebenarannya. Apakah menyatakan kesalahan pemimpin itu juga satu kesalahan? Apakah pemimpin boleh lakukan sesuka hati mereka? Ingatkan kata Tun Mahathir bahawa pemimpin bukan saja mesti bersih tetapi juga mesti nampak bersih?

Ada pihak yang menyalahkan blogger seolah-olah bloggerlah yang merosakkan UMNO. Tetapi jika pemimpin itu tidak melakukan sesuatu yang salah dan buruk mampukah blogger menyalahkan mereka?

Saya membaca di blog SPU pagi tadi dan saya bersetuju dengan pendapatnya walaupun tidak semua. Kenapa orang menyalahkan apa yang patpatsikulipat katakan tetapi tidak salahkan apa yang WZWH katakan. Yang nyata adalah WZWH melakukan lebih besar kerosakan pada UMNO Jerantut kerana beliau mengecam tokoh-tokoh penting Jerantut berbanding patpatsikulipat hanya mengecam Kak Woh Hitam yang bukanlah sesiapa melainkan melukut ditepi gantang.

Jika berfikir dan menilai yang mana benar dan yang mana salahpun UMNO Jerantut tidak mampu, bagaimana perkara yang lebih penting dapat diubah?

Monday, September 13, 2010

ObO SOKONG WZWH PANTAU PATPATSIKULIPAT

ObO sokong kenyataan komen WZWH di blog patpatsikulipat, CnP disini:
Blogger WZWH berkata...

Salam semua,
Kesimpulan yang WZWH boleh buat kenapa KS @ Wok Hitam diserang hebat hingga ke hal-hal peribadi ialah kerana ini KS kuat menyokong YB Dato' Wan Amizan menjadi calon ahli parlimen Jerantut. Ada agenda pihak tertentu mahu memburukkan KS sedangkan ada lagi orang politik Jerantut yang melakukan kesilapan besar menjual kepentingan Melayu Jerantut kepada Towkay Cina demi kepentingan peribadi tidak memikirkan kepentingan orang Melayu Jerantut dan rakyat Jerantut. Percayalah, komen-komen yang mengutuk KS akan menjadi doa kepada KS di hari yang mulia ini. Tahniah 44sikulipat anda pakar mengaibkan orang, satu hari nanti orang akan mengaibkan 44sikulipat. Orang Jerantut pun tahu tahi anda berak itu merata-rata di tepi jalan.

2010 September 12 11:35

Saya percaya selepas ini sudah tentu patpatsikulipat tidak berani berak merata-rata lagi kerana WZWH akan sentiasa memantau dimana anda akan berak. Baru padan mula patpatsikulipat yang sudah tidak dapat berak ditepi-tepi jalan lagi. Dengan pemantauan buntut oleh WZWH orang Jerantut akan tau dimana patpatsikulipat telah berak.

WZWH saya sokong anda terus memantau jubur patpatsikulipat supaya dia tidak lagi sewenang-wenangnya berak merata-rata. Anda melakukan satu kerja yang mulia walaupun dipandang hina.

Sunday, August 29, 2010

AKHIRNYA UMNO MENGAKUI KECURANGAN MEREKA SELAMA INI

Blog WZWH dengan jelas mendedahkan bahawa berlaku rasuah politik dalam pemilihan UMNO yang lalu sehingga ada perwakilan dibayar antara RM5,000 - RM10,000 seorang.

Di blog Dato' Wan Amizan pula mendedahkan bahawa dibelakang para pemimpin UMNO kita ada penaja bangsa asing yang menaja pertandingan merebut jawatan berkenaan dan kamudiannya akan dengan mudah meminta pemimpin UMNO kita meluluskan itu dan ini. Justru, tidakkah benar bahawa pemimpin kitalah yang mengadaikan hak kita selama ini?

Baca CnP sepenuhnya dibawah ini dari blog Dunia Sama Rata:


Thursday, August 19, 2010

TOKEY CINA KUASAI POLITIK MELAYU

KINI JERANTUT AKAN LEBIH GEMPAR DAN SENSASI KERANA AKAN ADA PENDEDAHAN YANG DIBUAT TERHADAP KEPIMPINAN JERANTUT DIKUASAI OLEH TOKEY CINA,SEJARAH KEPIMPINAN PARLIMEN JERANTUT BERMULA PADA TAHUN 1982-BILA WAN BAKAR DIPILIH JADI CALON PARLIMEN MENGANTIKAN SARIF AHMAD,SEMENJAK DARI ITU RAMAI RAKAN2 DAN TOKEY CINA MULA MELETAKKAN TARUHAN DENGAN MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA SEMUA CALON BN TERMASUK AHLI PARLIMEN BARU...TOKEY CINA JERANTUT MULA MERINTIS DAN MENGINTAI PELUANG UNTUK KEPENTINGAN PERNIAGAAN MEREKA DENGAN PELANTIKKAN AHLI PARLIMEN JERANTUT SEBAGAI TIM.MENTERI BURUH,KELUARHA ENG PEMILIK KILANG GETAH DAN TOKEY ROKOK MENJADI PENYUMBANG UTAMA KEPADA KEMPEN PILIHANRAYA 1982 MULA TUNJUKKAN KESETIAAN DENGAN MEMBINA RUMAH KEPADA PEMIMPIN JERANTUT SEGALA KEMAHUAN DAN KEHENDAK DIPENUHI SEGALA KEPERLUAN TOKEY CINA INI JUGA DIBERIKAN KEUTAMAAN

DAN KETIKA ITULAH LAHIR SEORANG CINA MUDA BERNAMA LIM MUNCUL SEBAGAI TOKEY BALAK BERASASKAN KILANG SEWAAN MILIK DATO SEORANG TOKEY CINA.

DENGAN PENUH KESETIAAN LIM TOKEY MUDA INI MEMBERIKAN SEGALA SOKONGAN KEPADA KEPIMPINAN JERANTUT PADA WAKTU ITU DENGAN HARAPAN URUSAN PERNIAGANNYA AKAN MENJADI LEBIH MUDAH DAN TERNYATA SANGKAANNYA MENJADI BENAR DENGAN PELBAGAI KEISTIMEWAAN YANG DIPEROLEHI OLEH TOKEY LIM INI SEGALA JENIS LESEN DAN JUGA KOUTA PEMILIKAN SAHAM DIPEROLEHI OLEH LIM INI SINAR KEKAYAAN SUDAH MULA MUNCUL DAN TERLIHAT
0 comments

Saturday, August 28, 2010

SIAPA SAYANGKAN UMNO?

Kadang-kadang memang baik membuat teguran bilanya memang berniat baik dan untuk kebaikan. Namun, kadang-kadang teguran yang keterlaluan juga akan mendatangkan keburukan. Kita harus memandang semula kebelakang dan mencari kebenaran - apakah yang kita lakukan ini atas nama kebenaran atau sebenarnya apa?

Orang-orang UMNO ini memang susah untuk ditegur kerana setelah lebih 50 tahun menguasai mereka sudah berkarat dengan egonya. Mereka sudah merasakan bahawa merekalah yang sentiasa betul. Mereka tidak boleh disalahkan langsung bahkan mereka tidak sanggup ditegur. Ini yang membuatkan rakyat membenci UMNO (pemimpinnya) bukan entitinya.

Kerana merasakan bahawa merekalah yang berkuasa dan merekalah yang sentiasa benar, kerana itulah mereka sentiasa melihat orang lain yang salah dan mereka sering menyalahkan orang lain pula.

Bila rasuah politik itu benar, mereka sering menafikannya. Yang memberi dan menerima sama saja. Bila pemimpin utama menegur dalam ucapan mereka yang memberi dan menerima itulah yang lebih kuat tepukannya seakan mereka tidak bersalah dan menghalalkan segala perbuatan mereka itu.

Bila kita memilih pemimpin dan perwakilan di cawangan yang merasuah kita, maka mereka itu juga akan memilih pemimpin dan perwakilan di bahagian yang juga merasuah mereka, dan ini berterusan menjadikan rasuah itu satu budaya dan darah daging dalam UMNO.

Siapa sebenarnya yang sayangkan UMNO? Jawapannya terlalu sedikit. Bagaimana untuk membenteras permasalahan ini? Jawapanya, diperingkat cawangan lagi UMNO harus diajar dan dididik supaya jangan tidak memilih perasuah. Buang segala pemimpin perasuah diperingkat cawangan dan buang segala pemimpin serta AJK perasuah diperingkat bahagian, supaya UMNO kembali bersih.

Jika UMNO gagal lakukan itu maka bersedialah untuk UMNO dipinggirkan oleh rakyat. Mungkin UMNO sudah terlalu tua untuk belajar berubah.

Wednesday, August 25, 2010

ORANG UMNO SELALU HILANG DUIT?

Ini kisah pasal orang-orang kuat atau yang merasa mereka kuat dalam UMNO. Mereka ini memang banyak duit sebab selalu dapat kontrek itu dan ini. Oleh keran banyak duit jadi banyak juga duit dema ni yang hilang atau dihilangkan dengan berbagai cara.

Ini kisah seorang orang yang isterinya kuat dalam Wanita UMNO Jerantut. Orang Nombor dua. Dulu-dulu masa bisness banyak untung dia pun buat banyak hal. Ala-ala SUB jugalah dengan 'Sara'nya, ada girlfren sana-sini. Oleh kerana terlajak perahu dan tak boleh diundur maka dia terpaksa berbelanja besar sikit dari biasa. Jadi dia kena berikan pada sijelita itu banyak puluh ribu ringgit jugalah. Isterinya ada kemahiran dengan kewangan jadi susahlah dia nak temberang bini dia, lalu dia ambil keputusan menghilangkan duit dengan cara keretanya dipecahkan. Selamatlah dia dari isterinya kerana duitnya dicuri apabila keretanya dipecahkan.

Maka hebohlah seluruh Jerantut kereta si anu tu dipecahkan dan dia hilang berpuluh ribu duit dan cerita sebenar duitnya diberikan pada sijelita tu tetaplah tersmbunyi jadi rahsia. Oleh kerana ceritanya berjaya menemberang isterinya, maka seorang lagi usahawan muda dari Ulu Cheka pun melakunkan cerita yang sama atas alasan yang sama juga. Dia juga berjaya menemberangkan isterinya.

Maka hebohlah seluruh Jerantut si anu kehilangan duitnya berpuluh ribu....Kali ketiga cerita dengan skrip sama adalah mengenai seorang yang paling rapat dengan pejabat parlimen Jerantut. Dia ini sekarang suddah beristeri dua dengan seorang sijelita yang muda remaja, rezeki dia apa nak dikatakan. Tapi dia juga melakunkan cerita sama, hilang duit dalam kereta.

Esok-esok kita cerita pula hal wanita-wanita UMNO Jerantut yang berpoya-poya sama ada mereka isteri orang ataupun seorang janda. Tentu best....hehe

Yang jadi persoalan kita adalah, banyak sungguh orang UMNO mempunyai duit sehingga boleh hilang dalam kereta. Kenapa letak dalam kereta dan kenapa tak dibelanjakan saja di karaoke atau kelab malam? Hehehe Tentu ada orang yang ketawa kerana membaca ceirta ini kerana mereka tahu akan hal sebenarnya.


Tuesday, August 24, 2010

KONSPIRASI SULIT WANITA JERANTUT

Allah akan membalas apa yang kita lakukan



Baru-baru ni mantan Ketua Wanita UMNO Jerantut, Pn. Hajjah Nazilah telah diberitakan bertemu secara sulit dengan Ketua Wanita Pn. Norhelan @ Wok Kelabu. Pertemuan sulit ini bukan mengenai alat sulit masing-masing (kerana mereka bukan seperti Kak Key yang telah 'berubahsuai' peralatan sulit). Pertemuan itu mengenai politik setempat.

Umum sedia maklum bahawa hubungan persaudaraan antara mereka berdua masih kekal dan erat. Memang kebelakangan ini pun mantan KW itu selalu kelihatan berada di pejabat KW di arked Mara, bahkan berlama-lamaan pula.

Menurut sumber, dalam pertemuan berkenaan mantan KW menyatakan kebimbangannya terhadap perpaduan dalam Wanita Jerantut. Beliau juga menyatakan pendiriannya yang tidak akan bertanding dan menganggu urusan KW masa kini. Menurutnya ini dilakukan kerana Kak Key, seorang AJK Wanita telah cuba menghasutnya supaya bertanding menentang KW dengan harapan beliau akan dapat peluang tandingi kerusi Naib KW.

Sebelum itu beliau telah berusaha melagakan Siti Hajar (Naib KW) untuk menentang KW dengan harapan sama, beliau akan jadi Naib KW. Mungkin Kak Key terasa sangat bertenaga walau usianya sudah tahap 'monopous' (pengeluar susu expired @ bakil saja) namun yakin dengan pengubahsuaian sana-sini.

Jika diikutkan umur, patut tak perlulah beliau bertanding jawatan NKW, biarlah orang yang lebih renaja dari beliau memimpin Wanita masa depan. Tapi oleh kerana masih ingin mendapatkan habuan politik maka beliau terpaksa lakukan ini. Selama ini beliau adalah orang yang terlibat dalam menguruskan peruntukan Ahli Parlimen, dengan berita AP tidak bertanding lagi nanti membuatkan beliau berfikir bahawa beliau akan kehilangan dahan untuk bergantung dan untuk menggantungkan susunya. Kak Key tidak boleh berharap semata-mata kepada Abang Bu kerana dahan dan batang abang bu mungkin kontot.

Malam semalam, mungkin Kak Key juga berada bersama-sama dalam satu perjumpaan sulit di Rumah Rehat yang 4 tahun tidak dibayar sewanya. Beberapa orang AJK Wanita nampak ada di situ kelibat mereka sambil makan-makan dan berehat-rehat. Yang hitam dan yang putih. Yang mulut macam radio buruk pun ada. Entah apa konspirasi mereka agaknya?

Wok hitam bertambah kuat sekarang. Dulu dia tidak pernah menang bertanding bagi beberapa jawatan tapi sekarang dia sudah boleh mengangkat muka semenjak berpasangan dengan KW. Tapi jangan sampai terlupa dan terlajak pula dan yang penting sekali kena ingat bahawa dalam politik kita jangan jadi tunggangan orang lain untuk capai cita-cita mereka.

Dengar khabar mahkamah gugurkan kes tuntutan masmira, tapi jangan terasa bangga atau menang sangat kerana hukum dunia bukanlah hukum Tuhan. Kalau kita berhutang dan tidak membayarnya maka diakhirat kita akan dituntut juga walaupun didunia mahkamah menyatakan tidak. Tuhan lebih tahu dari Hakim mahkamah itu siapa benar siapa salah.

Satu pertanyaan untuk si hitam, tak ada orang lain ke yang nak dinamakan penerima zakat selain dari anak cucu sendiri? Jaga-jagalah imej kerana nama sudah pun naik untuk dicalonkan sebagai ADUN Pulau Tawar, bimbang nanti melepas pulak.


Monday, August 23, 2010

PERKEMBANGAN NEGATIF MEDIA SOSIAL



Media sosial @ Blog dan facebook seharusnya dimanafaatkan sebaik mungkin. Ianya seharusnya menjadi medium penjalin hubungan mesra antara masyarakat, menyiarkan berita, menyampaikan khabar serta berkenalan dan mengeratkan hubungan satu sama lain.

Namun perkembangan kebelakangan ini yang kita lihat adalah sangat negatif dimana blog dan facebook digunakan untuk mencaci-maki satu-satu pihak dan lebih berupa hasutan dalam menyampaikan berita.

Facebook sudah membuatkan kita merasa bosan dengan maklumat yang disampaikan sama ada diantara penyokong kerajaan dan pembangkang dan bahkan diantara sesama penyokong kerajaan itu sendiri.

Manakala blog juga demikian. Lihat saja blog-blog menulis politik di Jerantut ini dan kecenderungannya dengan membawa isu-isu yang tidak wajar. Mungkin ada pihak yang berkepentingan akan mendapat faedah dari itu tetapi selain itu perbuatan ini hanya akan merosakkan UMNO itu sendiri di kacamata masyarakat.

PRU12 kerajaan kalah dibeberapa negeri dan menang tipis di pusat angkara blog. Rejim Pak Lah dijatuhkan juga oleh blog. Khairi Jamaluddin pernah satu ketika menganggap blogger sebagai beruk akhirnya terpaksa mengupah beberapa beruk untuk menulis blog yang menyokongnya.

Dunia masih seperti dulu, sesiapa yang menguasai media akan berupaya memegang kuasa dan pengaruh politik. Kini siapa yang mampu menguasai media sosial @ blog dan facebook akan mampu menguasai politik. Mungkinkah blog-blog di Jerantut sudah dikuasai oleh pihak tertentu selama ini kerana haluannya nampak sama dan selari.

Cuma, rakyat Jerantut terutama pemimpin politik @ AJK Bahagian harus bebaskan diri dari buta IT supaya mampu membalas dan pertahankan diri dalam alam maya ini nanti.

Sunday, August 22, 2010

SINAR UNTUK JERANTUT

Blog SPU Jerantut pernah menulis mencadang WZWH jadi menteri besar Pahang. Mungkin tulisan itu hanya sindiran tetapi setelah membaca segala tulisan di blog WZWH saya melihat ini patut jadi kenyataan. Beliau seorang yang berpendidikan dan benar-benar menghayati politik Jerantut. Bahkan beliau kelihatan lebih layak (bijaknya) dari 'bos' nya (ADUN Tahan) dalam banyak hal

Posting terbarunya mengenai cadangan Dato' Nazir Razak sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut sangat baik dan dianggap cemerlang. Bukan saja bagi menyelesaikan masalah kepimpinan bahkan membantu membangunkan Jerantut terutama kawasan pedalaman Ulu Tembeling dengan kadar segera. Kerana itu juga ObO berpendapat bahawa jika mereka berdua digandingkan, akan menjadi gandingan yang mantap.

Hubungan baik beliau dengan istana akan memudahkan laluan untuk beliau menaiki kerusi berkenaan jadi kenyataan. Seluruh rakyat Jerantut pasti akan berbangga mendapat MB pertama dari daerah ini nanti. Sama-sama kita berdoa dan melihat pandangan ini dari sudut positif tanpa prejudis. Cuma beliau perlu menyatakan pendiriannya dengan jelas dan konsisten kerana menurut khabarnya Dato' Adnan sedang cuba mengangkat kembali Dato' Shaharuddin Moin untuk jadi MB. Selain itu Dato' Sharkar juga sangat berminat dengan kerusi empuk itu.

Saturday, August 21, 2010

UMNO JERANTUT BERGOLAK


Politik Jerantut sedang bergolak. Segalanya hanya kerana kuasa. Masing-masing ingin berkuasa, yang berkuasa ingin kekal berkuasa dan yang tidak berkuasa ingin berkuasa. Seperti biasa, di Jerantut banyak kumpulan dan pihak-pihak. Masing-masing dengan kepentingan tertentu dan tersendiri.

Kumpulan DUN Tahan sudah bersuara kerana terlibat secara langsung. Kumpulan DUN Pulau Tawar pun sama, terlibat secara langsung malah boleh disifat sebagai pencetus gelora. Kumpulan Hj. Nazri akan dan terpaksa juga terlibat demi survival. Tetapi dimana kumpulan Azizan Yaakob dan Ahmad Bazain? Dimana Kamaruzaman Baria dan Khalil Moin? YBM Tengku Lan dan Dato' Wan Abu Bakar mungkin tidak terlibat kerana tiada interest. Harap janganlah mereka diusik dan diheret dalam gelora ini.

ObO? Hanyalah pemerhati dan tidak menyokong sesiapa - melainkan atas kebenaran yang hakiki.