~ ObO

aku bukan sesiapa dan bukan orang sesiapa ~ ObO

,

,

Monday, August 23, 2010

PERKEMBANGAN NEGATIF MEDIA SOSIAL



Media sosial @ Blog dan facebook seharusnya dimanafaatkan sebaik mungkin. Ianya seharusnya menjadi medium penjalin hubungan mesra antara masyarakat, menyiarkan berita, menyampaikan khabar serta berkenalan dan mengeratkan hubungan satu sama lain.

Namun perkembangan kebelakangan ini yang kita lihat adalah sangat negatif dimana blog dan facebook digunakan untuk mencaci-maki satu-satu pihak dan lebih berupa hasutan dalam menyampaikan berita.

Facebook sudah membuatkan kita merasa bosan dengan maklumat yang disampaikan sama ada diantara penyokong kerajaan dan pembangkang dan bahkan diantara sesama penyokong kerajaan itu sendiri.

Manakala blog juga demikian. Lihat saja blog-blog menulis politik di Jerantut ini dan kecenderungannya dengan membawa isu-isu yang tidak wajar. Mungkin ada pihak yang berkepentingan akan mendapat faedah dari itu tetapi selain itu perbuatan ini hanya akan merosakkan UMNO itu sendiri di kacamata masyarakat.

PRU12 kerajaan kalah dibeberapa negeri dan menang tipis di pusat angkara blog. Rejim Pak Lah dijatuhkan juga oleh blog. Khairi Jamaluddin pernah satu ketika menganggap blogger sebagai beruk akhirnya terpaksa mengupah beberapa beruk untuk menulis blog yang menyokongnya.

Dunia masih seperti dulu, sesiapa yang menguasai media akan berupaya memegang kuasa dan pengaruh politik. Kini siapa yang mampu menguasai media sosial @ blog dan facebook akan mampu menguasai politik. Mungkinkah blog-blog di Jerantut sudah dikuasai oleh pihak tertentu selama ini kerana haluannya nampak sama dan selari.

Cuma, rakyat Jerantut terutama pemimpin politik @ AJK Bahagian harus bebaskan diri dari buta IT supaya mampu membalas dan pertahankan diri dalam alam maya ini nanti.

3 comments:

Anonymous said...

Masalahnya kerana pihak Dr.shukri dan Azizan yang mulakan dulu. Wan Amizan hanya pertahankan kehormatannya dan dia tidak bersalah

Long Pasir Sia said...

kerana itulah Wan Amizan sudah berblog dan menguasai sebahagian blog-blog di Jerantut ini, dia pemimpin berwawasan

Anonymous said...

salam obo,
maaf saudara.tinta pendita ingin mencelah sedikit di sini.antara blogger yang saya rasa layak di panggil blogger di jerantut kerana fakta dan rasionalnya penulisannya dan kadang kala perlu mempertahan diri dari kaki fitnah tegar ialah:
1.obo
2.sritribuana
3.wzwh
4.uragdiulug
5.spuj(cuma dia ni tak telus suka delete komen orang lain takat nak siar entah kenapa)
6.dan beberapa orang lagi

antara yang tidak layak dipanggil blogger dan lebih layak dipanggil kaki fitnah tegar ialah:
1.cawan tembaga
2.44sikulipat
3.sembang kedai kopi
4.123lekuk
5.beberapa orang yang sama waktu dengannya.

obo,wa sayang lu!