~ ObO

aku bukan sesiapa dan bukan orang sesiapa ~ ObO

,

,

Tuesday, August 24, 2010

KONSPIRASI SULIT WANITA JERANTUT

Allah akan membalas apa yang kita lakukan



Baru-baru ni mantan Ketua Wanita UMNO Jerantut, Pn. Hajjah Nazilah telah diberitakan bertemu secara sulit dengan Ketua Wanita Pn. Norhelan @ Wok Kelabu. Pertemuan sulit ini bukan mengenai alat sulit masing-masing (kerana mereka bukan seperti Kak Key yang telah 'berubahsuai' peralatan sulit). Pertemuan itu mengenai politik setempat.

Umum sedia maklum bahawa hubungan persaudaraan antara mereka berdua masih kekal dan erat. Memang kebelakangan ini pun mantan KW itu selalu kelihatan berada di pejabat KW di arked Mara, bahkan berlama-lamaan pula.

Menurut sumber, dalam pertemuan berkenaan mantan KW menyatakan kebimbangannya terhadap perpaduan dalam Wanita Jerantut. Beliau juga menyatakan pendiriannya yang tidak akan bertanding dan menganggu urusan KW masa kini. Menurutnya ini dilakukan kerana Kak Key, seorang AJK Wanita telah cuba menghasutnya supaya bertanding menentang KW dengan harapan beliau akan dapat peluang tandingi kerusi Naib KW.

Sebelum itu beliau telah berusaha melagakan Siti Hajar (Naib KW) untuk menentang KW dengan harapan sama, beliau akan jadi Naib KW. Mungkin Kak Key terasa sangat bertenaga walau usianya sudah tahap 'monopous' (pengeluar susu expired @ bakil saja) namun yakin dengan pengubahsuaian sana-sini.

Jika diikutkan umur, patut tak perlulah beliau bertanding jawatan NKW, biarlah orang yang lebih renaja dari beliau memimpin Wanita masa depan. Tapi oleh kerana masih ingin mendapatkan habuan politik maka beliau terpaksa lakukan ini. Selama ini beliau adalah orang yang terlibat dalam menguruskan peruntukan Ahli Parlimen, dengan berita AP tidak bertanding lagi nanti membuatkan beliau berfikir bahawa beliau akan kehilangan dahan untuk bergantung dan untuk menggantungkan susunya. Kak Key tidak boleh berharap semata-mata kepada Abang Bu kerana dahan dan batang abang bu mungkin kontot.

Malam semalam, mungkin Kak Key juga berada bersama-sama dalam satu perjumpaan sulit di Rumah Rehat yang 4 tahun tidak dibayar sewanya. Beberapa orang AJK Wanita nampak ada di situ kelibat mereka sambil makan-makan dan berehat-rehat. Yang hitam dan yang putih. Yang mulut macam radio buruk pun ada. Entah apa konspirasi mereka agaknya?

Wok hitam bertambah kuat sekarang. Dulu dia tidak pernah menang bertanding bagi beberapa jawatan tapi sekarang dia sudah boleh mengangkat muka semenjak berpasangan dengan KW. Tapi jangan sampai terlupa dan terlajak pula dan yang penting sekali kena ingat bahawa dalam politik kita jangan jadi tunggangan orang lain untuk capai cita-cita mereka.

Dengar khabar mahkamah gugurkan kes tuntutan masmira, tapi jangan terasa bangga atau menang sangat kerana hukum dunia bukanlah hukum Tuhan. Kalau kita berhutang dan tidak membayarnya maka diakhirat kita akan dituntut juga walaupun didunia mahkamah menyatakan tidak. Tuhan lebih tahu dari Hakim mahkamah itu siapa benar siapa salah.

Satu pertanyaan untuk si hitam, tak ada orang lain ke yang nak dinamakan penerima zakat selain dari anak cucu sendiri? Jaga-jagalah imej kerana nama sudah pun naik untuk dicalonkan sebagai ADUN Pulau Tawar, bimbang nanti melepas pulak.


5 comments:

Anonymous said...

Syabas saudara OBO,telanjangkan lg org2 UMNO yg berjawatan ni,yg mementingkan nafsu serakah semata2..
Alangkah bagus kalau org2 mcm ini ditukar dgn org baru..

Anonymous said...

Kuat betol wok itam ni...dah 4 tahun xbayar sewa tp x dihalau lg...
Xkan pihak berkuasa tidur??..
Kena menuntut ilmu dgn dia ni..

Anonymous said...

salam obo,
kas suka sangat ngan awak ni.bahasa awak amat menarik dan melucukan.terhibur kas.apa yang awak cakap tu betul sangat.teruskan perjuangan dan jadi lah blogger sejati yang penuh dengan fakta dan bahasa yang menghiburkan.jangan jadi macam cawan tembaga dan 44sikulipat yang layak digelar kaki fitnah tegar.salam persahabatan daripada Tinta Pendita!

Anonymous said...

salam obo,
kas suka sangat ngan awak ni.bahasa awak amat menarik dan melucukan.terhibur kas.apa yang awak cakap tu betul sangat.teruskan perjuangan dan jadi lah blogger sejati yang penuh dengan fakta dan bahasa yang menghiburkan.jangan jadi macam cawan tembaga dan 44sikulipat yang layak digelar kaki fitnah tegar.salam persahabatan daripada Tinta Pendita!

Anonymous said...

Salam...,

Selagi selama mana tidak mencapai keputusan maka percayalah perjuangan akan menjadi sia2, bahawa orang nampak lebih2 lagi kaum pembangkang kelemahan diekploitasikan menjadi medan membakar semangat penyokong2 termasuk pengundi2 untuk beralih sokongan...!!! percaya tak percaya tunggu keputusan PRU ke 13...