~ ObO

aku bukan sesiapa dan bukan orang sesiapa ~ ObO

,

,

Tuesday, September 28, 2010

GEMPAR: PILIHAN RAYA KECIL N9(2)

Kenderaan yang diguna untuk memunggah pengundi dengan kuasa 'One Bull Power',
Cable Car dan Lori tidak dapat digunakan kerana masih dalam pembinaan.



1. Kecoh dan heboh satu Jerantut bila blog SPU sudah tidak dapat dibuka lagi sejak kelmarin. Blog SPU penting sebagai pintu masuk ke blog-blog lainnya di Jerantut selama ini. Tidak ada khabar berita yang sahih mengenainya kenapa terjadi begini. Ibarat kata En. Dolah Kicap semasa pertemuan Ketua-ketua UMNO Dun Pulau Tawar :Why? (Hehehe! - hanya sepatah itu saja perkataan omputis, yang lain-lainnya dia bercakap dalam bahasa jepun dan gurka)

Menurut kata tuan bendahara begini;

Blogger WZWH said...

Salam UD,
UD tolong tanya SPU kenapa blog SPU tidak boleh diakses dan "The blog you were looking for was not found". Ada apa-apa ke? Kenapa blog Bendahara blogger SPU boleh hilang..Ekekekekekeke...

September 27, 2010 1:04 PM

Sekali lagi wzwh memberi komen sebagai Anon pula begini;
Anonymous said...

Salam UD,
Akug nak bagi tahu ke om dalam masa 2-3 hari ni om kutuklah WZWH puas-puas sebabnya akuq dengar blog UD akan ditutup oleh SKM seperti mana nasib blog SPU. Oh akuq nak UD mengucap banyak-banyak sebelum UD mati di alam barzakh maya. Akuq dapat tahu Pengarah SKM Pahang kawan baik WZWH. SPU dah mati...lepas nih om pulak mati. Baik om ubah tektik, om puji WZWH kuat sikit.

September 27, 2010 3:16 PM


2. Ada pengundian di blog uRag dRrulug memilih siapakah pembawa suara rakyat pedalaman di Ulu Tembeling. Calonnya adalah diantara uRag dRrulug dan WZWH. ObO mengundi WZWH dan tanpa berlakunya rasuah politik dan ObO juga bukan salah seorang dari Ketua Kampong atau Ketua UMNO Cawangan yang ditaja menunaikan umrah.

Bagaimanapun kedudukan sekarang masih menyebelahi UD dengan kadar perolehan 3/4 undi. Harap WZWH akan menghubungi kawannya yang dilaporkan sebagai Pengarah SKM Pahang supaya menutup blog UD sepertimana yang dilakukan terhadap blog SPU, jika tidak adalah dibimbangi ini akan menjatuhkan kemaluan WZWH apabila kalah kepada UD dalam pengundian itu nanti.

Pengundian diantara UB dan WZWH bolehlah dianggap sebagai Pilihan Raya Kecil N9(2). Kita percaya akan lebih ramai yang mengundi WZWH, malangnya akan lebih-lebih ramai juga yang akan mengundi UD yang sedang menguasai 3/4 jumlah undian ini.

No comments: