~ ObO

aku bukan sesiapa dan bukan orang sesiapa ~ ObO

,

,

Tuesday, September 28, 2010

GEMPAR: PILIHAN RAYA KECIL N9(2)

Kenderaan yang diguna untuk memunggah pengundi dengan kuasa 'One Bull Power',
Cable Car dan Lori tidak dapat digunakan kerana masih dalam pembinaan.



1. Kecoh dan heboh satu Jerantut bila blog SPU sudah tidak dapat dibuka lagi sejak kelmarin. Blog SPU penting sebagai pintu masuk ke blog-blog lainnya di Jerantut selama ini. Tidak ada khabar berita yang sahih mengenainya kenapa terjadi begini. Ibarat kata En. Dolah Kicap semasa pertemuan Ketua-ketua UMNO Dun Pulau Tawar :Why? (Hehehe! - hanya sepatah itu saja perkataan omputis, yang lain-lainnya dia bercakap dalam bahasa jepun dan gurka)

Menurut kata tuan bendahara begini;

Blogger WZWH said...

Salam UD,
UD tolong tanya SPU kenapa blog SPU tidak boleh diakses dan "The blog you were looking for was not found". Ada apa-apa ke? Kenapa blog Bendahara blogger SPU boleh hilang..Ekekekekekeke...

September 27, 2010 1:04 PM

Sekali lagi wzwh memberi komen sebagai Anon pula begini;
Anonymous said...

Salam UD,
Akug nak bagi tahu ke om dalam masa 2-3 hari ni om kutuklah WZWH puas-puas sebabnya akuq dengar blog UD akan ditutup oleh SKM seperti mana nasib blog SPU. Oh akuq nak UD mengucap banyak-banyak sebelum UD mati di alam barzakh maya. Akuq dapat tahu Pengarah SKM Pahang kawan baik WZWH. SPU dah mati...lepas nih om pulak mati. Baik om ubah tektik, om puji WZWH kuat sikit.

September 27, 2010 3:16 PM


2. Ada pengundian di blog uRag dRrulug memilih siapakah pembawa suara rakyat pedalaman di Ulu Tembeling. Calonnya adalah diantara uRag dRrulug dan WZWH. ObO mengundi WZWH dan tanpa berlakunya rasuah politik dan ObO juga bukan salah seorang dari Ketua Kampong atau Ketua UMNO Cawangan yang ditaja menunaikan umrah.

Bagaimanapun kedudukan sekarang masih menyebelahi UD dengan kadar perolehan 3/4 undi. Harap WZWH akan menghubungi kawannya yang dilaporkan sebagai Pengarah SKM Pahang supaya menutup blog UD sepertimana yang dilakukan terhadap blog SPU, jika tidak adalah dibimbangi ini akan menjatuhkan kemaluan WZWH apabila kalah kepada UD dalam pengundian itu nanti.

Pengundian diantara UB dan WZWH bolehlah dianggap sebagai Pilihan Raya Kecil N9(2). Kita percaya akan lebih ramai yang mengundi WZWH, malangnya akan lebih-lebih ramai juga yang akan mengundi UD yang sedang menguasai 3/4 jumlah undian ini.

Thursday, September 23, 2010

TIDAK ADA PERSATUAN BLOGGER JERANTUT

Saya hadir pada pertemuan blogger picisan Jerantut yang baru lalu. Kalau tak silap saya 28 orang hadir. Ini adalah pertemuan biasa dan tak resmi. Kami tidak memutuskan apa-apa bahkan kami tidak anggap kami sebagai satu persatuan. Bro SPU bertindak selaku tuan rumah dan pengacara. Bro BH memberi sepatah dua kata pesanan serta tunjuk ajar dan beberapa teknik dalam berblog. Beliau juga mencadangkan supaya jangan terikat dengan mana-mana pihak untuk kebebasan menulis sebenrnya walaupun memang ada pihak yang diupah untuk menulis blog di Malaysia ini. Semua orang berpeluang becakap dalam perjumpaan itu.

Pertemuan itu tidak ada agenda khusus selain hanya bertemu sesama blogger. Ada beberapa blogger yang blognya kelihatan cenderung kearah pembangkang juga hadir. Kami berinteraksi dengan baik dan mudah. Kami tolak pahaman politik ke tepi kerana menganggap ini hanya satu pertemuan mengeratkan silratulrahim.

Saya memohon maaf kepada SPU kerana ingkar janji untuk tidak memanjangkan kisah pertemuan itu. Namun saya lakukan ini kerana saya melihat ada kekeliruan disatu pihak apabila saya membaca komen di blog uRag dRrulug yang juga hadir dalam perjumpaan berkenaan.

Betul seperti kata BH bahawa kefahaman tentang blog masih kurang, kerana itulah dahulu ada pihak menganggap bahawa blog yang dilink dari blog kita sebagai blog kita dan mereka menganggap bahawa itu adalah juga tulisan kita.

Kemungkinan juga timbul rasa tidak puas hati satu pihak bila mereka tidak dijemput hadir dalam pertemuan itu atau tindakan blogger-blogger yang tidak mengikuti cadangannya untuk mengadakan pertemuan dengan seorang YB tertentu. Kerana itulah pihak berkenaan menuduh adanya komplot atau persatuan dikalangan blogger di Jerantut ini. Soalnya kami biasa dan suka cara begini dan tidak dikawal sesiapa.

Saya rasa apa yang berlaku itu adalah hanya rasa kecewa tidak dapat menguasai serta rasa kesal individu tertentu kerana tidak diberikan perhatian oleh blogger lainnya. Tapi segalanya adalah berpunca dari masalah sikap, sikap yang membuatkan orang membenci diri kita. Ubahlah sikap, mungkin nanti kita akan diterima ramai.


Blogger WZWH said...

Salam bloggers semua,
YB Dato' Wan Amizan ni mudah aje, kalau semua bloggers Jerantut betul-betul serious nak kuatkan UMNO Bahagian Jerantut, UMB Jerantut perlu ke depan. Just pergi jumpa Dato' Wan Amizan kat Pejabat DUN Tahan atau call/sms Dato' no tel: 012-2167676. Kalau semua bloggers Jerantut boleh ramai-ramai kumpul dan meyakinkan Dato' Wan Amizan, WZWH percaya mudah dan amat selesa bloggers Jerantut buat kerja. Dari segi kewangan jangan risau, kita ada banyak peruntukan, fund, dan dana. UMB Jerantut kena lead memimpin bloggers Jerantut. WZWH back up dari belakang.

September 8, 2010 11:05 PM

Wednesday, September 15, 2010

YANG BENAR DAN YANG SALAH

Foto dari blog patpatsikulipat



Suasana berhari saya masih terasa. Seronoknya bila dapat berjumpa sanak saudara dan baik ke kampong halaman. Terlupa seketika pada blog picisan dan haprak saya ni.

Semalam bila buka internet dan melihat blog patpatsikulipat saya jadi terkejut berok dengan apa yang diperkatakan dalam posting dan keganasan komen-komen tahap bebal dari pembaca blog itu.

Bukan menyebelahi mana-mana pihak, tetapi pertama saya mengecam perbuatan mengaibakan orang secara keterlaluan. Kesian Kak Wok Hitam tu. Rasanya nak bernafas pun dan tersekat-sekat kerana diperkatakan sampai kedasar.

Bagaimanapun saya kecewa dengan cara berfikir orang UMNO Jerantut yang cuma menyalahkan blogger patpatsikulipat sedangkan apa yang diperkatakan itu ada kebenarannya. Apakah menyatakan kesalahan pemimpin itu juga satu kesalahan? Apakah pemimpin boleh lakukan sesuka hati mereka? Ingatkan kata Tun Mahathir bahawa pemimpin bukan saja mesti bersih tetapi juga mesti nampak bersih?

Ada pihak yang menyalahkan blogger seolah-olah bloggerlah yang merosakkan UMNO. Tetapi jika pemimpin itu tidak melakukan sesuatu yang salah dan buruk mampukah blogger menyalahkan mereka?

Saya membaca di blog SPU pagi tadi dan saya bersetuju dengan pendapatnya walaupun tidak semua. Kenapa orang menyalahkan apa yang patpatsikulipat katakan tetapi tidak salahkan apa yang WZWH katakan. Yang nyata adalah WZWH melakukan lebih besar kerosakan pada UMNO Jerantut kerana beliau mengecam tokoh-tokoh penting Jerantut berbanding patpatsikulipat hanya mengecam Kak Woh Hitam yang bukanlah sesiapa melainkan melukut ditepi gantang.

Jika berfikir dan menilai yang mana benar dan yang mana salahpun UMNO Jerantut tidak mampu, bagaimana perkara yang lebih penting dapat diubah?

Monday, September 13, 2010

ObO SOKONG WZWH PANTAU PATPATSIKULIPAT

ObO sokong kenyataan komen WZWH di blog patpatsikulipat, CnP disini:
Blogger WZWH berkata...

Salam semua,
Kesimpulan yang WZWH boleh buat kenapa KS @ Wok Hitam diserang hebat hingga ke hal-hal peribadi ialah kerana ini KS kuat menyokong YB Dato' Wan Amizan menjadi calon ahli parlimen Jerantut. Ada agenda pihak tertentu mahu memburukkan KS sedangkan ada lagi orang politik Jerantut yang melakukan kesilapan besar menjual kepentingan Melayu Jerantut kepada Towkay Cina demi kepentingan peribadi tidak memikirkan kepentingan orang Melayu Jerantut dan rakyat Jerantut. Percayalah, komen-komen yang mengutuk KS akan menjadi doa kepada KS di hari yang mulia ini. Tahniah 44sikulipat anda pakar mengaibkan orang, satu hari nanti orang akan mengaibkan 44sikulipat. Orang Jerantut pun tahu tahi anda berak itu merata-rata di tepi jalan.

2010 September 12 11:35

Saya percaya selepas ini sudah tentu patpatsikulipat tidak berani berak merata-rata lagi kerana WZWH akan sentiasa memantau dimana anda akan berak. Baru padan mula patpatsikulipat yang sudah tidak dapat berak ditepi-tepi jalan lagi. Dengan pemantauan buntut oleh WZWH orang Jerantut akan tau dimana patpatsikulipat telah berak.

WZWH saya sokong anda terus memantau jubur patpatsikulipat supaya dia tidak lagi sewenang-wenangnya berak merata-rata. Anda melakukan satu kerja yang mulia walaupun dipandang hina.