~ ObO

aku bukan sesiapa dan bukan orang sesiapa ~ ObO

,

,

Thursday, September 23, 2010

TIDAK ADA PERSATUAN BLOGGER JERANTUT

Saya hadir pada pertemuan blogger picisan Jerantut yang baru lalu. Kalau tak silap saya 28 orang hadir. Ini adalah pertemuan biasa dan tak resmi. Kami tidak memutuskan apa-apa bahkan kami tidak anggap kami sebagai satu persatuan. Bro SPU bertindak selaku tuan rumah dan pengacara. Bro BH memberi sepatah dua kata pesanan serta tunjuk ajar dan beberapa teknik dalam berblog. Beliau juga mencadangkan supaya jangan terikat dengan mana-mana pihak untuk kebebasan menulis sebenrnya walaupun memang ada pihak yang diupah untuk menulis blog di Malaysia ini. Semua orang berpeluang becakap dalam perjumpaan itu.

Pertemuan itu tidak ada agenda khusus selain hanya bertemu sesama blogger. Ada beberapa blogger yang blognya kelihatan cenderung kearah pembangkang juga hadir. Kami berinteraksi dengan baik dan mudah. Kami tolak pahaman politik ke tepi kerana menganggap ini hanya satu pertemuan mengeratkan silratulrahim.

Saya memohon maaf kepada SPU kerana ingkar janji untuk tidak memanjangkan kisah pertemuan itu. Namun saya lakukan ini kerana saya melihat ada kekeliruan disatu pihak apabila saya membaca komen di blog uRag dRrulug yang juga hadir dalam perjumpaan berkenaan.

Betul seperti kata BH bahawa kefahaman tentang blog masih kurang, kerana itulah dahulu ada pihak menganggap bahawa blog yang dilink dari blog kita sebagai blog kita dan mereka menganggap bahawa itu adalah juga tulisan kita.

Kemungkinan juga timbul rasa tidak puas hati satu pihak bila mereka tidak dijemput hadir dalam pertemuan itu atau tindakan blogger-blogger yang tidak mengikuti cadangannya untuk mengadakan pertemuan dengan seorang YB tertentu. Kerana itulah pihak berkenaan menuduh adanya komplot atau persatuan dikalangan blogger di Jerantut ini. Soalnya kami biasa dan suka cara begini dan tidak dikawal sesiapa.

Saya rasa apa yang berlaku itu adalah hanya rasa kecewa tidak dapat menguasai serta rasa kesal individu tertentu kerana tidak diberikan perhatian oleh blogger lainnya. Tapi segalanya adalah berpunca dari masalah sikap, sikap yang membuatkan orang membenci diri kita. Ubahlah sikap, mungkin nanti kita akan diterima ramai.


Blogger WZWH said...

Salam bloggers semua,
YB Dato' Wan Amizan ni mudah aje, kalau semua bloggers Jerantut betul-betul serious nak kuatkan UMNO Bahagian Jerantut, UMB Jerantut perlu ke depan. Just pergi jumpa Dato' Wan Amizan kat Pejabat DUN Tahan atau call/sms Dato' no tel: 012-2167676. Kalau semua bloggers Jerantut boleh ramai-ramai kumpul dan meyakinkan Dato' Wan Amizan, WZWH percaya mudah dan amat selesa bloggers Jerantut buat kerja. Dari segi kewangan jangan risau, kita ada banyak peruntukan, fund, dan dana. UMB Jerantut kena lead memimpin bloggers Jerantut. WZWH back up dari belakang.

September 8, 2010 11:05 PM

2 comments:

mt t.tinggi said...

Hutang org ramai pun tak bayar,perasan nak support bloggers tak payah berangan lah.

Tanya rajan store berapa ribu wan amizan kencing.
Tanya jeans house nak tak ambik tempahan wan amizan.
Tanya uv image bepa byk belum bayar.
Tanya org lain lagi mcm mana berurusan dgn kaki kencing ni.
Sudah lah wan zuri aok dpt sumbangan dari wan amizan kira baik lah,kalau wan amizan tak dpt apa2 esok mampus lah aok. Jadi blogger mering je lah.

Nak tanya wan amizan tak takut ke tipu org ramai tiba2 bwk org pergi umrah.
Nak cakap ni minta wan amizan bwk wzwh ke ampang puteri ubat kepala budak tu. Lps tu kencing je ke hospital tu, mcm kat genting dulu,penjaga pusat karaoke pun ke tipu di wan amizan ni.

Udah2lah wan amizan takan dpt dah aok tu apa2 jawatan apa2 lps ni. Awk ingat KJ akan naik ker. Mampus bodoh je awk tu.

Anonymous said...

Salam Mt TTinggi,
Apa yang aok merepek macam lepas kena syabu aje nih. Kalau tulis komen nak mengata orang baik aok komen dalam blog SPU dan kumpulan bloger Gerila Jerantut hahahahaa..