~ ObO

aku bukan sesiapa dan bukan orang sesiapa ~ ObO

,

,

Saturday, October 5, 2013

SAYA MELAYU YANG SUDAH LUPA

Kenapa Ali dilarang?




Kenapa Isa digantung?



Orang sana sedap mulut menuduh berlakunya rasuah politik yang kononnya bernilai RM500.00 kemudian RM1000.00 dan akhirnya RM1500.00. Tetapi bukti tidak ada. Tiba-tiba kita dengar khabar di facebook di laman Jahat Gem bahawa ada orang disana yang memberi RM300.00 kepada Si Polan dari Cawangan Rumah Banjir bertempat di Restoran Sofi. Ni kalau orang memberi tentu akan terasa. Yang kita nak perkatakan ialah kalau kita juga buat perkara sama janganlah hanya menuduh orang lain. Ini baling batu tetapi menuduh orang lain membaling.

Khabarnya juga nakhoda kapal yang dinaikinya turut mendesak (bukan mengugut) perwakilan supaya berjanji memberikan undi mereka kepada calon orang kuatnya. Siap dengan peringatan; jika tidak patuhi janji akan berdosa dan masuk neraka. Ambik nak! Mudahnya syurga dan neraka didalam genggaman kita. Kita pun teringat kepada Nik Aziz. Teringat juga Nik Aziz yang konon maksum itu melakukan ibadah haji dengan sponsor bernilai RM65K.....

Orang situ juga menuduh duit belanja semasa PRU tidak diagihkan dengan betul tetapi dalam masa sama duit yang ada padanya sendiri tidak juga diagihkan dengan  betul. Apakah nak mengajar ketam berjalan lurus? Ketam? Hehehe! Teringat kepada Ali Rostam!

Siapakah promoter Ali Lasterm ni di sini? Berapa guni yang ada dan berapa yang diagihkan? Sama ratakah atau sebaliknya? Ini hanya pertanyaan dan kita tidak akan buat apa-apa laporan sebab kita memang tidak tahu. Hanya orang tertentu saja yang tahu, bak kata...hanya Mutthu mengenal Maniam! Eh! khabarnya Ali Lasterm ni dihalang bertanding pada penggal lalu tapi kerana apa? Saya Melayu yang sudah lupa!

Sebaiknya kita tutup saja mulut kita masing-masing jika kita sedar bahwa kita juga bukanlah sebersih mana. Jangan kerana untuk dilihat kita ni bersih maka kita dengan senang menuduh orang lain itu tidak bersih. Agak-agaklah sikit. Jika dalam pemilihan penggal lalu ada memberi dan menerima janganlah kita mengutuk orang lain yang memberi dan menerima sekarang ini hanya untuk menunjukkan bahawa kita lebih baik dan lebih bersih.

No comments: